Thursday 3 October 2013

KeTenanGaN YanG Ku Cari

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

"Apabila kamu melalui Taman Syurga, maka ikutlah atau masuklah kamu padanya.
Bertanya salah seorang sahabat : "Apakah Taman Syurga itu, Ya Rasulullah? Sabda Rasul :
Iaitu Halqah-halqah Dzikir (lingkaran orang berzikir)". HR Imam Tarmizi.

Rasulullah S.A.W menggambarkan lingkaran orang yang bezikir sebagai Taman Syurga yang
sangat indah,penuh ketenangan dan kedamaian, mengalir segala rahmat dan kurniaan Allah
S.W.T. Kenapa lingkaran orang berzikir di ibaratkan sebagai Taman Syurga? Kerana di saat
mata terpejam, kepala pun tertunduk untuk merendahkan diri dengan serendah-rendahnya
 kepada Allah S.W.T yang Maha Agung lagi Maha Perkasa, lidah terasa kelu tanpa bisa
mengucapkan sepatah kata pun, hanya hati yang terus bergetar, dimulai dengan ucapan
astaghfirullah sebagai wujud permohonan ampun kepada Allah S.W.T atas dosa-dosa yang
kita lakukan baik yang kita sedari mahupun yang kita tidak sedari, barulah hati kita 
bergetar berzikir ALLAH..ALAH... Seluruh anggota badan ikut merasa getaran
Maha Dahsyat dari Keagungan Kalimah Allah S.W.T.

Keindahan zikir dalam lingakaran di bawah bimbingan Waliyammursyida tidak ada bisa
digambarkan dengan kata-kata, zikir yng selalu dinaungi oleh Nur Allah beserta segenap
Para Malaikat-Nya sebagaimana dalam sebuah Hadith.

"Apabila duduk sesuatu kaum mengucapkan Dzikir Allah, maka akan melingkungi akan mereka
malaikat-malaikat dan meliputi akan mereka akan Rahmat dan turut atas mereka SAKINAH
(Ketenangan jiwa) dan ALLAH menyebut mereka pada sisi-Nya. (HR.Imam Muslim).

Zikir yang sentiasa dikelilingi oleh para Malaikat inilah selalu dirasakan oleh orang-orang
yang intensif berzikir selama 10 hari dalam  iktikaf dan suluk dan tentu akan 
mengahsilkan jiwa yang tenang, jiwa yang kelak bila saatnya telah tiba akan di panggil
kembali oleh Allah S.W.T untuk kembali kepada-Nya.